Gambar pertama menunjukkan perhentian feri terletak di Pulau Sentosa masa lalu. Saya ada banyak ingatan yang baik di perhentian feri. Semasa saya belajar di sekolah rendah, guru saya membawa kelas saya pergi ke Pulau Sentosa. Saya masih boleh mengingat kelas saya makan di perhentian feri ini. Saya mengingat bahawa saya berkongsi makanan dari Burger King di situ dengan kawan saya. Perhentian feri ada banyak kedai pelancong menjual cenderamata seperti merlion dan bunga orchid. Kami boleh melancong Pulau Sentosa dengan monorail. Kami pergi ke tarikan pelancong seperti Underwater world dan Fort Siloso. Pulau Sentosa ialah tempat yang damai dan sunyi masa lalu.

Gambar kedua menunjukkan saya dan kawan-kawan saya di Universal Studio. Universal Studios terletak di Resorts World di Pulau Sentosa masa sekarang. Pada masa cuti, saya pergi ke Resorts World dengan kawan-kawan saya. Resorts World ada banyak kemudahan seperti dewan konsert, kasino, hotel-hotel dan restoran-restoran. Saya dan kawan-kawan saya pergi ke Universal Studios pada pukul tujuh petang pada suatu hari jumaat kerana kami hanya perlu membayar lima dollar untuk masuk hingga sepuluh malam. Kami boleh mengambil fotografi dengan pemandangan yang cantik. Kami pun boleh menonton kembang api pada pukul sembilan setengah malam. Pulau Sentosa masa sekarang ialah tempat yang rancak dan menarik banyak pelancongan dan warga Singapura ke mengunjungi.

Saya lebih suka Pulau Sentosa masa lalu daripada Pulau Sentosa masa sekarang kerana Singapura tidak ada banyak tempat yang damai dan sunyi. Tetapi, saya masih menyukai perjalanan ke Resorts World. Saya fikir bahawa Negara saya sedang menjadi lebih makmur dengan perubahan seperti kedua-dua kasino baru. Saya harap perubahan ini akan mencipta lebih kerja untuk warga Singapura, terutama orang miskin seperti kain basah kering di pinggang.