Ramai warga Singapura tidak ada masa dan kebiasaan untuk menolong orang yang miskin dan kurang bernasib baik. Ada hanya enam belas perpuluhan sembilan peratus (16.9%) warga Singapura membuat kerja sukarela. Saya merasa sedih tentang fenomena ini kerana saya fikir masyarakat kami boleh menjadi lebih perhatian kepada orang lain.

Semasa saya masih pelajar di sekolah menengah dan maktab rendah, saya menolong orang yang kurang bernasib baik sekurang-kurangnya sekali seminggu. Pada hari rabu setiap minggu, saya pergi ke sekolah rendah dekat maktab rendah saya untuk menolong kanak-kanak dari rumah yang miskin. Selain membantu orang-orang, saya dan kawan-kawan saya pun mengumpulkan dana untuk amal. Kami menjual salad untuk mengumpulkan dana kerana makan salad ialah baik untuk tubuh kita.

Selepas saya bermula belajar di Universiti Nasional Singapura, saya tidak ada masa lapang untuk membuat kerja masyarakat. Namun saya bermula membuat kerja masyarakat baharu lagi. Saya mendaftar sebagai sukarelawan dengan SG Cares. Pada hari sabtu lalu, saya pergi ke kegiatan pertama saya. Saya menolong seorang datuk membersihkan rumahnya dengan relawan lain. Rumah datuk ialah flat satu bilik. Datuk itu sangat kreatif kerana dia melukis haiwan dan pandangan di dindingnya pada masa lapang. Kami mencuci tandas, membersihkan tingkap dan kipas dan mengemop lantai untuk datuk itu. Selepas kami membersihkan rumahnya, datuk memberi kami minuman untuk menunjukkan rasa terima kasihnya. Datuk sangat gembira bahawa rumahnya bersih. Kami pun sangat gembira bahawa kami boleh menolong datuk.

Saya fikir bahawa menolong orang lain membawa kebahagiaan kepada hidup kami. Walaupun kami sangat sibuk, saya berharap warga Singapura boleh mencari masa untuk kerja sukarela. Masyarakat kami boleh menjadi lebih bersatu hati.